Monday, June 20, 2011

perit mungkin hlg tpi kesan belum tentu...


Assalamualaikum…
Untuk post kali ini faidz Cuma ingin berkongsi satu kisah seorang ayah dan anak lelaki….
Anak lelaki ini merupakan seorang yang panas baran,cepat marah,dan susah untuk menerima teguran…
Walaubagaimanapun,ayahnya tetap bersabar…..dan ayahnya mengambil langkah,untuk memberikan seguni paku kepada anaknya yang panas baran itu…
Ayahnya memesan.’anak,jika kau memarahi aku atau sesiapa sekalipun,kau tukul paku-paku ini untuk mengurangkan marahmu itu…’
Anaknya telah menukul 37 paku pada hari pertama….walaubagaimanapun,tukulan paku2 itu semakin hari semakin berkurang dan berkurang….
Dan satu hari itu…anaknya tidak menukul paku walaupun satu….
Dia tersenyum kepada ayahnya ‘ayah,hari ini aku tidak menukul satu pun paku’…
Ayahnya,menjawab…’tahniah,kau dapat mengawal kemarahanmu itu,dan sekarang,cabutkan semula paku2 yang telah kau tukul di dinding itu’….
Anaknya mencabut semua paku2 tersebut tanpa sebarang soalan….dan setelah paku itu dicabut…
Ayahnya berkata ‘dapatkah kau lihat kesan2 paku itu,itu menunjukkan bahawa setiap perkara yang melukakan hati seseorng sukar untuk pulih seperti biasa walaupun dimaafkan berberapa kali pun’…

Di sini kita dpt lihat,bahawa kemarahan atau tingkah laku kita yang melukakan hati seseorng yang kita rapat,tidak kira sama ada keluarga atau rakan karib,pasti ia memberi kesan yang lama walaupun telah berberapa kali kita meminta maaf…lukanya memberi kesan yang sgt lama….
Oleh itu,kita sebagai anak,rakan atau sesiapa sekalipun,janganlah kita cepat marah,janganlah kita melakukan perkara yang menyakitkan hati kepada orng di sekeliling kita…ye,kita manusia tidak lpas dari melakukan kesilapan tapi sekurang2nya kita usaha untuk mengelak dari melakukan kesilapan..
Kisah yang menyayat hati ini banyak memberi impak kepada diri faidz yang sering menyakiti orng sekeliling faidz,mungkin faidz x sedar kata2 faidz itu menyebabkan terjadinya sesuatu…faidz kesal dgn kesilapan faidz…faidz akan cuba memperbaiki diri faidz untuk menjadi seorng yang lebh baik pada masa yang akan datang insyaAllah….




faidznoor.

1 comment:

  1. pfft /. mcm tazkirah weh . lama tak dengar tazkirah ! thank you faidz ! sama2 ubah diri kita ^^

    ReplyDelete