Thursday, June 30, 2011

Kuasa Ajaib MInda..


Asalamualaikum….
Faidz nk kongsikan artikel yang faidz terjumpa ni….
Silalah luangkan masa..hehe…
Paparan saya,Tafsiran anda….Renung-renungkan….

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda
oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda kita?


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.


2) Berkomunikasi diantara minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.


3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.


4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhka n, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.


5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.


6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.



faidznoor

Kerja..Isi MAsa..Gaji..


Assalamualaikum..

Sebenarnya faidz x ceritakan lagi apa tentang pekerjaan faidz skrng…
X sempat sebenarnya…sekarang ni atas sebab mengisi masa yang terluang ni faidz bekerja di firm law yang terletak di Seremban..x jauh pun..memandangkan lmbt lag ink smbung belajar faidz pun mengambil kputusan untuk bekerja sebagai office boy je…office yang selesa ni,setakat ni kerja pun ok lagi..makin kerja makin susah….biasa la tu kan…
Baru 2 minggu faidz bekerja…so,setakat ni Alhamdulillah sume ok…


faidznoor.

Wednesday, June 29, 2011

Takdir penentu segalanya..

Asalamualaikum..
dah dgr lagu baru blog?..lirik dia bez kan!one of lagu nasyid yang faidz sgt suka.....
lirik ini menceritakan,kebahagiaan hari ini x semestinya kebahgiaan esok...
apa yang kita ada hari ini x semestinya ada esok..
apa yang kita hlg hari ini....x smestinya esok dia xkan dtg balik...
kita cuma manusia yang selalu cuba merancang terbaik untuk diri kita,namun siapalah kita...
Allah Yang Maha Esa lebih tahu apa yang terbaik untuk HambaNya....


faidznoor.

Takdir Penentu...

Dikau... membuat hidupku ceria,
Dengan senyummu ku memuja kebesaran,
Tuhan Yang Maha Esa.

Bahgia... ku rasa tika bersamamu,
Tiada apa yang dapat digambarkan,
Membawa sinar baru.

Janjimu kepadaku,
Sentiasa disisiku selalu,
Menempuhi segalanya,
Namun kini, kau tiada lagi,
Mungkin kita kan bertemu takdir penentu.
Namun... kan ku teruskan hidup ini,
Kan ku buktikan segala cita dan janji,

Suatu hari nanti.
Janjimu kepadaku,
Sentiasa disisiku selalu,
Menempuhi segalanya,
Namun kini, kau tiada lagi,
Mungkin kita kan bertemu takdir penentu.

Sukar untuk kutemui lagi,
Insan mulia yang sejati,
Suka dan duka bersama kita lalui.

Namunku kan teruskan,
Cita kita janji kita,
Walau kau tiada di sisiku lagi,
Menempuhi segalanya,
Kan ku teruskan jua,
Mungkin kita kan bertemu takdir penentu....




faidznoor.

First PAY DAY IN MY LIFE :D

Asalamualaikum...
tanggal 27/6..merapkan hari pertama faidz mendapat gaji..alhamdulillah..faidz rasa first time faidz pegang duit betul2 dari titik peluh faidz sendiri....walaupun jmlah dia x begitu bnyk tp faidz rasa berbaloi untuk nilai faidz bekerja untuk 2 minggu....
first!..faidz akan belnja mama ayah!...yay!..blnja diorng makan GCB jea!!sgt happy...tgk diorng tersenyum ble makan GCB...ye!..sgt bahgia tu Allah je tau...mungkin xkan setimpal dgn apa yang diorng bagi faidz..tp faidz try dgn apa yang faidz mampu...
hope ada rezeki lbh faidz mampu untuk memberi lebh dkt diorng....

juz faidz kadang2..membuatkan orng bahagia,merupakan perkara yang paling bahgia...even kita x mampu skali kita akan cuba....mudah2an..Allah memakbulkan niat faidz :)


faidznoor.

Transformer makes my day was so perfect!

Assalamualaikum,.
ye..hari ni faidz bercuti...untuk shari..esok keja balik ye faidz..hahaa..
so,faidz buat apa hari ni?misi pertama adalah mencari tiket Transformers 3...dkt jusco dah penuh beb!..
apa lagi kita buat 'mission impossible' dgang fitri..memburu 8 keping tiket...yeah!dah lama x hang out ramai2..
tu yang excited tu...beratur agak panjang di terminal 2..nsb bek ada tmpat...alhamdulillah..sume plan jalan dgn baik..apa lagi,mis utama dah settle...jom jalan2 jap dgn fitri...saja2..usha2 barang...nk blnja tu nnti dulu la kan..hehe...

so..Transformers!...filem yang faidz tunggu2kan...semua faidz tgk..dari 1,2 n hari ni 3...yeah!
durasi cter yang agk panjang 2 jam 35 mnt...bermula dgn agak complicated tp faidz mmg cuba try tangkap..and faidz faham..watak baik igtkan betul2 baik rupanya dipergunakan untuk kepentingan masing...

mgkin dari tf1 lbh bnyk cerita dari aksi,tf2 plak penuh aksi cter kurang..tp tf3 dua2 ada..mmg pnjang cter jadinyer...aksi2 sume jelas...babak suspen sume lengkap grafik spti biasa...


apa2pun TRansformers 3 _the Dark OF the mOON! best!!!!!!



faidznoor.

Tuesday, June 28, 2011

Memories...


Memories come from the moments that we built…
Sometimes the memories are too strong for us to forget….
The moments of sharing laugh, smile, cry…
Even for a second, minutes, hour….the memories can crossed our mind…
Sadness, happiness can come and go…
Who we are to change the situation…we just can plan, but Allah will decide…
We just can pray, that we can make the new memories…for my, our happiness…
All the promises sometime just a word…
But we know than action is louder than word…..
Hope the new situation comes with the reasons, make me stronger…
And repair to not repeat my mistakes….
Mistake just can hurt other people…
That’s are memories,
Memories can me smile,
Memories can make promises,
Memories can make us to do mistake…

But for me..memories cannot be delete…
It is priceless…..sometime it come and go but it will never come back……

Just a word..



faidznoor.

Thursday, June 23, 2011

Happy Birthday HADZIZI NOOR..

Assalamualaikum...
hari ni Faidz rasa hari yang paling bertuah kepada abg faidz yang tercinta iaitu HAdzizi Noor Shahidan..
ye!..dia abg faidz yang atas sebelum faidz dilharikan...10 tahun beza umur kami...tapi?..umur sekadar nombor...
pemikiran kami membuatkan kami begitu serasi...since perangai pun lbh kurang since family lain panggil dia 'Mentor' faidz & faidz 'protege' dia...but...
he is a good mentor...perkara dia selalu nasihatkan faidz,'Benda yang elok,ko ikt dek,benda yang kurang,kau jadikan pengajaran untuk adek'..itulah selalu kata2 yang keluar dari mulut dia...faidz sgt bertuah dpt abg mcm Abg GG..orng kat rumah pggil GG dia..unik gler nama dia...ye mmg x dinafikan gaya dia faidz bnyk ikt..,sbb dia mempunyai gaya yang stail tp sederhana...dia juga mempunyai citarasa yang sama...& harta2 abg gg ni pun banyak di turunkan kat faidz...rezeki betul jadi adik dia ni... :)
Alhamdulillah..bila dia x guna motor,faidz wariskan kereta pun sama.,n mcm2 barang lagi la..
baju xyah ckp,almari dia almari kedua faidz..haha..ktrg slalu talk about life n share bnyk perkara...
dia sering nasihat faidz dgn kata2 yang sgt dlm maksud dia...dia juga selalu ambek berat npsl adik dia ni...
terlampau bnyk untuk faidz cter klu nk diceritakan dari zaman dia sekolah,kolej sampai dia keja skrng ni..
kadang2 faidz rasa masa faidz bersama dia terlmpau cpat berlalu,sbb dulu ble dia bujang faidz kecik lagi..so x pandai nk lepak2 sgt..but now ble faidz da bujang now dia dah digelar seorng Suami...
dia mempunyai sifat penyayang yang sgt tinggi...dia lyn jea apa faidz nk klu nk jalan2,dia pun akan bawak,dia akan cuba nk memenuhi segala permintaan faidz selagi dia termampu...
alamak!dah mcam lain mcm,mata pun dah berair ni..hehe..xpe,untuk abg gg xdahal punye..hehe..
bakat dia juga bnyk dikongsi oleh faidz,dia mempunyai bakat tulisan,nyanyian dan mempunyai sifat kepimpinan yang sgt tinggi...
mungkin abg gg kurang dari segi akademik,semua org ada bakat masing2 bukan,tp kokurikulum n sahsiah dia sgt baik...setiap yang dikurniakan pasti ada hikmahnya...faidz rasa telah macam2 dia lalu selama 28 thn...
dan 28 tahun ni faidz rasa sgt bermakna bagi dia sbb dia akan menjadi seorang bapa x lama lagi...
x sbar nk tgk baby dia...ok la faidz rasa da pnjang sgt dah ni....
                           my brother with his beloved wife,Zarith Sofia
HAPPY BIRTHDAY BRO

                yeah!i know..he is much more handsome than me...

for Abg GG;


"Happy birthday abg gg,,there no word can describe how much i love you...it being so lucky to have a brothers like you....there no other HADZIZI in my life....May Allah repay all your kindness to everybody...
Hope you will always Happy with your families, and as brother,son,daddy-to-be I pray the best for you,
hope you much successful in your life in future,insyaAllah,Happy birthday bro!"

 HADZZNOOR.24061983




faidznoor.

Monday, June 20, 2011

perit mungkin hlg tpi kesan belum tentu...


Assalamualaikum…
Untuk post kali ini faidz Cuma ingin berkongsi satu kisah seorang ayah dan anak lelaki….
Anak lelaki ini merupakan seorang yang panas baran,cepat marah,dan susah untuk menerima teguran…
Walaubagaimanapun,ayahnya tetap bersabar…..dan ayahnya mengambil langkah,untuk memberikan seguni paku kepada anaknya yang panas baran itu…
Ayahnya memesan.’anak,jika kau memarahi aku atau sesiapa sekalipun,kau tukul paku-paku ini untuk mengurangkan marahmu itu…’
Anaknya telah menukul 37 paku pada hari pertama….walaubagaimanapun,tukulan paku2 itu semakin hari semakin berkurang dan berkurang….
Dan satu hari itu…anaknya tidak menukul paku walaupun satu….
Dia tersenyum kepada ayahnya ‘ayah,hari ini aku tidak menukul satu pun paku’…
Ayahnya,menjawab…’tahniah,kau dapat mengawal kemarahanmu itu,dan sekarang,cabutkan semula paku2 yang telah kau tukul di dinding itu’….
Anaknya mencabut semua paku2 tersebut tanpa sebarang soalan….dan setelah paku itu dicabut…
Ayahnya berkata ‘dapatkah kau lihat kesan2 paku itu,itu menunjukkan bahawa setiap perkara yang melukakan hati seseorng sukar untuk pulih seperti biasa walaupun dimaafkan berberapa kali pun’…

Di sini kita dpt lihat,bahawa kemarahan atau tingkah laku kita yang melukakan hati seseorng yang kita rapat,tidak kira sama ada keluarga atau rakan karib,pasti ia memberi kesan yang lama walaupun telah berberapa kali kita meminta maaf…lukanya memberi kesan yang sgt lama….
Oleh itu,kita sebagai anak,rakan atau sesiapa sekalipun,janganlah kita cepat marah,janganlah kita melakukan perkara yang menyakitkan hati kepada orng di sekeliling kita…ye,kita manusia tidak lpas dari melakukan kesilapan tapi sekurang2nya kita usaha untuk mengelak dari melakukan kesilapan..
Kisah yang menyayat hati ini banyak memberi impak kepada diri faidz yang sering menyakiti orng sekeliling faidz,mungkin faidz x sedar kata2 faidz itu menyebabkan terjadinya sesuatu…faidz kesal dgn kesilapan faidz…faidz akan cuba memperbaiki diri faidz untuk menjadi seorng yang lebh baik pada masa yang akan datang insyaAllah….




faidznoor.